Monday 5 September 2011

Buah-buahan di malaysia

Selain daripada masakan-masakannya,malaysia turut dikenali dengan kemewahan buah-buahannya.Pelbagai jenis buah-buahan boleh didapati malaysia,antaranya manggis,durian,rambutan,mangga,betik dan sebagainya lagi.

Ramai pelancong asing berkunjung ke malaysia semata-mata untuk merasai keenakan buah-buahan di malaysia.Durian merupakan salah satu jenis buah yang amat digemari rakyat malaysia.Nmun,durian hanya boleh didapati apabila tiba musimnya sahaja.Keenakan buah ini memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tau!..haha..

Buah mangga kini turut diminati oleh rakyat malaysia.mangga mendapat permintaan yang amat tinggi pada masa sekarang..

Jom kita lihat buah-buahan tempatan kita!!




emm...sedapnya...

Thursday 25 August 2011

makanan-makanan satu malaysia

Sebagaimana yang kita tahu, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum,antaranya kaum india,cina,melayu dan sebaginya..oleh itu,tanpa kita sedari,masakan-masakan yang terdapat di malaysia juga mempunyai unsur-unsur campuran daripada pelbagai kaum...

Sebagai contoh,masakan kari.Kari merupakan makanan kegemaran bagi kaum india.Namun,kini,kari turut digemari oleh seluruh rakyat malaysia.Bahan-bahan untuk memasak kari ini mempunyai unsur percampuran dari kaum melayu dan india.Antaranya ialah,rempah kari,santan dan sebagainya.Tanpa disedari,sebenarnya santan merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh kaum melayu,manakala rempah kari pula merupakan bahan masakan yang penting bagi setiap hidangan makanan mereka.

cara memasak lemang

sediakan buluh yang berukuran lebih kurang 15-20 cm.pastikan buluh tersebut telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
seterusnya,sediakan beras pulut lebih kurang dalam 250-550 gram.kemudian,basuhkan beras tersebut sebersihnya.
sediakan juga santan yang secukupnya untuk memasak lemang.
akhir sekali,sediakan beberapa helai daun pisang.

CARA PENYEDIAAN:
-masukkan daun pisang yang telah digulung dengan baik ke dalam buluh tadi.
-seterusnya,masukkan beras pulut yang telah dibasuh tadi ke dalam buluh dengan cermat.
-setelah itu,masukkan santan ke dalam adunan beras.pastikan santan tidak berlebihan untuk mengelakkan beras pulut lembik.
-masukkan garam secukup rasa.
-akhir sekali,bakar lemang tadi denagan api yang sederhana besar.
-setelah masak,isi lemang boleh dipotong dan dimakan bersama dengan rendang dan sebagainya.

cara memasak ketupat

  • Cuci beras sampai bersih.
  • Buku ujung ketupat dan masukkan beras hingga sepenuh ukuran sekitar 60% sampai 70% isi ketupat.
  • Tutup kembali.
  • Setelah semua bungkus ketupat terisi,ikat beberapa ketupat menjadi satu. Rebus ketupat ke dalam air mendidih. Ketupat harus terrendam oleh air. Jika air mulai menyusut tambahkan air hingga semua ketupat terrendam air.
  • Rebus ketupat lebih kurang selama 5 jam.
  • Keluarakn ketupat dari rebusan dan gantung ketupat supaya tiris.
  • Ketupat siap untuk dinikmati bersama lauk pendamping.

kuih-muih yang sedap!!






Em,macam mana?? sedap tak?!hahaha

Wednesday 24 August 2011

makanan pada hari raya

MAKANAN merupakan perkara yang paling penting apabila tibanya hari raya aidilfitri..antaranya ialah,ketupat,rendang,sate,lemang dan sebagainya..emm,ternyata memang sedap makanan-makanan ini semua...

Ketupat boleh dibahagikan kepada 2 jenis,iaitu ketupat nasi dan katupat pulut..ketupat nasi atau juga dikenali dengan nasi impit disediakan di dalam kelongsong yang di perbuat daripada daun kelapa..setelah itu,beras akan dimasukkan ke dalam kelongsong tersebut..akhir sekali.rebuskan kelongsong yang telah diisi dengan sejumlah beras..maka,siaplah ketupat nasi kita.

Seterusnya,ketupat pulut..emm,penyediaan ketupat pulut lebih rumit daripada ketupat nasi tadi.hal ini kerana,kita perlu menyediakan pulut yang telah dimasak terlabih dahulu..setelah itu barulah kita akan membungkus pulut yang telah dimasak tadi ke dalam sejenis daun yang dipanggil daun palas..

Lemang pula ialah pulut dan santan yang dimasak di dalam buluh..setelah itu, buluh yang telah diisi dengan pulut tadi akan dibakar sehingga masak.. 

Tuesday 2 August 2011

makanan masyarakat baba nyonya

Masakan nyonya pada masa kini sangat diminati oleh pelbagai kaum di Malaysia. Kaum nyonya bermastautin di Melaka dan Penang. Keturunan nyonya ini dikatakan berasal dari kaum Cina dan Amoy (Xiamen) dan Fukian. Pada abad ke-12 mereka mengawini gadis Melayu tempatan dan seterusnya berkeluarga di mana anak lelaki mereka dipanggil baba dan anak perempuan dipanggil nyonya. Baba dan nyonya mengikut dan meminati nilai tradisi dan budaya Melayu. Mereka fasih berbahasa Melayu, memakai kebaya dan memahami adat resam, nilai dan tradisi orang Melayu. Walau bagaimanapun kaum baba dan nyonya ini masih mengekalkan agama dan adat resam kaum Cina. Masakan nyonya adalah gabungan masakan orang Melayu dan Cina. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain. Terdapat beberapa perbezaan antara nyonya Penang dan nyonya Melaka. Di antaranya ialah penggunaan cili, di mana masakan nyonya Penang agak pedas berbanding nyonya Melaka. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu. Contohnya ialah gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka. Kaum nyonya juga pandai menggayakan buah-buahan dan sayuran tempatan di dalam masakan mereka. Di antaranya ialah jantung pisang, nangka muda, daun keledek dan belimbing buluh. Buah-buahan dan sayuran ini digabungkan dengan daun limau purut, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit dan daun pandan. Otak-otak, kerabu, laksa nyonya dan kuih muih nyonya mendapat tempat di buffet hotel dan restoran. Kuih nyonya terkenal dengan keenakan dan kepelbagaiannya. Kebanyakan kuih nyonya ini berasaskan resipi kuih orang Melayu tetapi diperkemaskan dan perbaharui oleh kaum nyonya. Bahan tani yang digunakan ialah ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, beras pulut, santan dan gula melaka.