Wednesday 24 August 2011

makanan pada hari raya

MAKANAN merupakan perkara yang paling penting apabila tibanya hari raya aidilfitri..antaranya ialah,ketupat,rendang,sate,lemang dan sebagainya..emm,ternyata memang sedap makanan-makanan ini semua...

Ketupat boleh dibahagikan kepada 2 jenis,iaitu ketupat nasi dan katupat pulut..ketupat nasi atau juga dikenali dengan nasi impit disediakan di dalam kelongsong yang di perbuat daripada daun kelapa..setelah itu,beras akan dimasukkan ke dalam kelongsong tersebut..akhir sekali.rebuskan kelongsong yang telah diisi dengan sejumlah beras..maka,siaplah ketupat nasi kita.

Seterusnya,ketupat pulut..emm,penyediaan ketupat pulut lebih rumit daripada ketupat nasi tadi.hal ini kerana,kita perlu menyediakan pulut yang telah dimasak terlabih dahulu..setelah itu barulah kita akan membungkus pulut yang telah dimasak tadi ke dalam sejenis daun yang dipanggil daun palas..

Lemang pula ialah pulut dan santan yang dimasak di dalam buluh..setelah itu, buluh yang telah diisi dengan pulut tadi akan dibakar sehingga masak..